Jumaat, 8 Mac 2013

As a Town Planner Student

Pengalaman aku yang bergelar pelajar universiti atau bahasa lainnya mahasiswa selama 5 semester ni kan sedikit sebanyak mengajar aku erti masam,manis,pahit,kelat semua lah bercampur baur..lalu terhasil la masakan 3 rasa, nak tau resepi sila google..

Aku bukan nak cerita pasal resepi kat sini ohkeh, tajuk entry terang terang tulis campus life, resepi lain hari je la(bajet pandai masak la cekunun)

Aku pun bukan la nak cerita mengenai syllabus yang aku belajar sekarang..tp, mengenai pengalaman aku.. aku terpaksa terima hakikat course yang aku amik ni menjadikan aku ‘burung hantu’.

Pernah sekali aku tak tidur tiga malam berturut turut untuk menyiapkan final projek yang fuuhhlamak tidak terkata...sampaikan otak dah terasa tersangat la letih dan mata tersangatkah pedih tak terkata(over kan banyak kali tak terkata)..setakat tak tido 1 malam tu perkara biasa dah..

Tu antara yang agak pahit la, and yang manisnya tentu la dapat jalan-jalan kan, siap dibagi elaun lagi tu..tp, bukan la jalan-jalan makan angin seperti yang berada dalam kepala otak masing-masing ok..kene buat kerja tau tak..antaranya-mengukur jalan di panas terik, mengukur rumah orang, masuk hutan, snap2 gambar kat kota raya cekunun ala2 foreigner..mcm mne?best kan town planning??baik ckp best sekarang..

Tak tau nak taip ape dah..korang layan je la perjalanan aku dari part 1 hingga la part 5 ye..


 jeng, jeng, jeng..dengan bangga nya mempersembahkan... 



part 1

Biasa la budak part 1, tak tau ape2 lagi. Time ni keje mengukur je. Habih sume rumah org, jalan raya, belakng rumah. Nasib tak kene ukur longkang jugak.
#Site: cameron highland & Seri Iskandar je..

Part 2

Kami bukan sahaja mengukur jalan, kami juga menjadi pendaki bukit, meredah belantara baq hang. Hebat tak? Tak payah join mana2 kelab mendaki ke mengembara ke, amik je town planning, semua pakej ade. hehe. tengok gambar 1st tu, kami bukan penceroboh nk menceroboh tanah org je.
 #Site: Sg. Petani, kedah.


Dengar arahan dulu sebelum mulakan operasi. Lepas habis mengukur, kami serang kfc berdekatan, elok-elok kfc tu lengang terus penuh dgn pelanggan, mesti banyak income kfc tu pada hari tersebut.
#Site:bandar Hilir, Melaka.


Asik amik gambar site ja, tak aci la. Kami pun nak bergambaq jugak.
#Site: KL & Putrajaya

Part 3

dengar taklimat & lawatan. yang dua atas sekali tu bkn bidang town planning ye, tu interior designer(ID) punya kerja. model yg kami duk jakun tengok pic yg belah kiri tu pn bukan bidang town planning, tu architect punya bidang. kami punya bidang cuma bt layout mcm yg pic kanan bawah ni.
#Site: Kuantan, pahang


#Site: Kuantan, pahang 


ingatkn dah takde dah meredah hutan & daki-daki ini, ade ok. cer tgok signboard tu ke mana? Thailand beb, site ni kat sempadan Thailand. Risau gak, dah la masuk hutan kat sempadan Thailand plak tu. Gambar tengah jalan tu sebab takde kete pun. bknnye tgh bandar, sempadan biasa la.
#Site: Kuala Nerang, Kedah

Part 4

site paling stress, jgn tanya kenapa. hehe. habis pusing 1 perlis.
#Site: Perlis

dan sekarang aku part 5 sedang berpraktikal di Hikmah Rancang Consultant kat Temarloh. waktu entri ni ditulis, hari terakhir aku kat Hikmah Rancang.

Uitm, kita jumpa lagi pada bulan 6 nanti. Final Semester. Hope i'm doing well, Insya Allah.

Wassalam

Rabu, 6 Mac 2013

My Opinion

Aku sekarang di semester 5 tahun akhir penuntut diploma perancangan bandar dan wilayah di uitm seri iskandar, perak. Lagi satu semester je untuk aku harungi demi menggengam segulung diploma. 
Ala, dip je pun..ok aku tahu..

aku pun tak nak la berhenti setakat diploma je..in sha Allah, aku akan teruskan ke peringkat yang lebih tinggi.

Ade mulut-mulut yang mengatakan bahawa “eleh, orang perempuan kalau belajar tinggi-tinggi pun ke ceruk dapur jugak nanti” and yess, i agree with that..and i’m also agree with this sentences “dengan pelajaran la yang menentukan besar mana dapur orang tu”..sooo truuee meyh..

Jadi menuntut ilmu sangat penting tak la kira lelaki ke perempuan..sekarang ni semua orang berebut rebut nak pandai..

”lamanya belajar, tak penat ke?”,”asik belajar je, bila nak kerja?bila nak kumpul duit?bila nak kawin?” bla..bla..bla..bla..bla..sighhh..sooo many question..

hoi, ingat tak penat ke belajar, ingat belajar ni untuk suka-suka je ke? Kalau tak belajar macam mana nak dapat kerja yang bagus..lain la kalau awak bakal mewarisi harta keluarga, or memiliki suara yg enak, or memiliki bakat sebagai seorang anak seni ke..tu dah kira bonus buat diaorang..rezeki diaorang dengan cara yang macam tu..tp, tak semestinya diaorang tak perlukan pelajaran kan..semua orang perlukan pelajaran..

kalau orang yang macam aku ni yang Cuma jadi pelakon dalam angan-angan dan menjadi penyanyi kat dalam bilik air je, kene la cari inisiatif lain untuk teruskan hidup kan.

Ya, rezeki, nasib semua Allah dah tentukan..tp, ingat rezeki datang bergolek golek depan mata tanpa usaha? ‘Allah tak akan ubah nasib seseorang umat tu melainkan dia ubah nasibnya sendiri’..
Dah banyak rasanya aku membebel dalam ni..ni pandangan aku je. Masing masing ada pandangan sendiri kan..kalau tak setuju tu atas korang la kan..nilai la sendiri..kalau yang setuju tu give me 10 sikit..jom tepuk tangan sama-sama, tak nak takpe..tak paksa..eh..

Wassalam..

Isnin, 4 Mac 2013

Kenapa saya berblogging??



Nak tau kenapa sebab musabab kejadahnya kyla terlibat dalam dunia belog yang fana ni?ni yang nak cite ni ha..

sebenarnya kyla ni stalker terhebat abad ini tau tak..nak tau sape?bagi hint sikit ok..orangnya kecik molek comel lote lg..ha,teka la..xtau kan..makhluk comel ni bernama Yuyu Zulaikha..peace sikit kat kak yuyu

comel kan dia..aww, rasa mcm nak dukung kakak ni..hehe
kyla tak pernah miss setiap entry baru yg beliau buat tau..kak Yuyu, i’m your secret admirer yang tak secret lg dah..hehe..suka sgt baca entry kakak kiut ni..memang sebati dengan jiwa hingga menusuk qalbu la..wahh..

selalunya kalau bukak belog org,kyla selalu tengok gambar je disebabkan content yg panjang berkilometer..tp,kalau bkk belog Yuyu, kyla akan baca setiap inci perkataan dia sebab sangat menarik..nak tau?ce try bukak belog bdk kiut ni

manusia seterusnya yang menjadi tatapan dahku saban hari menunggu dengan entry baru beliau ialah Fatin Liyana..dah banyak menang award beb..setiap entry yang beliau buat pn best..btw,dia seorang doktor jelita..mesti ramai yg nak jadi pesakit dia kan..hehe..org yg kat ospital pn mesti taknak balik gigih nak duk jgk kt ospital even dah baik.

cantik kan Dr blogger ni??adore her..
The next one is Maria Elena..ouh,before that congrats for her ohsem wedding..merupakan kakak ipar kepada Fatin Liyana..kakak & adik ipar dua2 blogger yg femes..jatuh cinta plus jeles ok dgn character dia..boleh kasi your character kat saya tak??

kak maria yg ohsem..muka kearabian..
 Antara belog lain yg selalu kene stalk a.k.a usha saban waktu ialah blog FatinSuhana,Irine Nadia,Dena Bahrin,Nisa Kay, Hanis Zalikha, Ima Sahaja n banyak lg la..

Mereka ni la sebab kenapa kyla start berjinak-jinak seterusnya menjerumuskan diri secara sukarela tanpa dipaksa dalam dunia penaipan ni ha..lagipun, kyla jenis yang tak suka or jarang cite secara direct masalah ke or ape2 je la berkenaan diri dahku ini dkt org kecuali dgn org yg paling rapat..sbb tu kalau takde sangat org yang boleh jadi tukang dengar yang setia dek luahan perasaan kyla, kyla lebih senang tulis je kat buku kosong..pastu kalau takut org terbaca, bakar la balik kan..ape ade susah..

Selalu org kalau nak luahkan ape2, kat diari je kan..maklum la,kyla ni bknnye org yg suke menulis tiap2 hari..nak kene cari diari yang sorok tah kat mana2 sebab tak nak org terbaca,last2 hilang dalam sorokan..tp, blog ni dh mcm online diari yg kita boleh kongsi suka duka kat sini..nanti mana la tau bila dah kawin n dapat anak, anak dapat baca coretan ibu dia waktu muda2 dulu, ye dak..eh!! jauh pulak aku fikir..haha..

Sudah la..malas nak taip, bukan ade org nak baca pn..balik-balik aku sendiri jugak yang baca..haha(gelak tak ikhlas)

wassalam

Jumaat, 1 Mac 2013

about me part II


Terfikir pulak,wajib ke ade part 1 part 2 ni..well,mentang-mentang la filem twillight breaking dawn part 2..dahku pun tak nak kalah jugak letak tajuk entry berpart part ni kan..walaupun jalan cerita tak la sehebak filem twilligt tu(tak de kene mengene) tapi.....ok,abaikan..

Berbalik kepada jalan cerita asal..aku bakal menjejak umur 21 tahun pada 10 disember ni..lambat kan birthday aku..?ada untung ade rugi bila birthday lambat ni, antaranya?pikiaq la sendhiri..aku merupakan anak ke-6 daripada 7 adik beradik.

Aku pendiam dengan strangers, tp awas kalau korang dah kenal aku, aku akan jadi gila-gila sebanyak 370 darjah(over kan sampai 370) dan bercakap tanpa henti, sampai tahap takde siapa boleh hentikan aku..errrrkk..so, don’t judge a book by it’s cover okeh?

Aku suka pada aktiviti lasak,kaki shopping, kaki jalan(means pantang diajak berjalan, mmg sentiasa on)

Aku paling sukakan cabaran/aktiviti lasak la..setakat ni dah pernah berkayak dekat sungai perak sepanjang 14 km, meneroka gua tempurung, perak and daki bukit..bukit ape tah dah lupa sebab dah lama..sekarang aku paling teringin sangat buat bungee jumping, tp, tak de kesempatan lagi..hope sgt satu hari nanti boleh terialisasi impian aku yg satu ni..

Weakness aku pulak ialah katak, ulat dan seangkatan dengannya..kalau aku jumpa katak, bukan katak tu yg melompat, aku yang lompat dulu, katak tu relaks je kat situ tak gerak-gerak..ha, ckp pasal katak, ade cerita sikit..

Waktu sekolah rendah dulu, aku pergi sekolah main sarung je kasut..kat sekolah curious la kan kenapa kasut aku ni sebelah ketat, sebelah lagi longgar..waktu tu dalam darjah 1 or 2 kot, so tak ambik kisah sangat la kan..bila balik rumah je, tiba-tiba perasaan membuak buak nak tau ape yang ada dalam kasut aku ni, kenapa la ketat sebelah, ingat tertukar kasut dengan adik ke..bila tengok, kasut tu elok je sama besar..then.....jeng jeng jeng...bila aku ketuk kasut tu, katak yang keluar, katak tu dah nyawa2 ikan dah..lonyai habis katak tu dek penangan kaki aku..haha

Sape suruh jadikan kasut sekolah aku sebagai tempat istirehat beliau, kan tak pasal2 jadi arwah..tu la antara salah satu sebab kenapa aku tak suka katak..huh..kalau nak cerita pasal katak, memang berjela la sebab banyak betul pengalaman aku dengan makhluk yang satu ni..

Aku seorang budak berkaca mata, tapi tak pernah bersahabat baik dengan kaca mata aku..sehingga kaca mata aku hilang berkali kali, pecah, dan dalam setahun tak sah kalau tak tukar cermin mata -_-

Makhluk yang tidak berakal yang aku paling suka ialah kucing..jangan pelik kalau aku bercakap dengan kucing, walaupun kucing tu tak faham, tp, kucing adalah pendengar terbaik aku(bagi aku la)

Takde ape dah kot, aku pun dah penat menaip..LULss..sekian

 dan mempersembahkan

p/s: tak salah nak tepet gambar sendiri dlm blog sendiri kan..kan..kan

wasallam