Selasa, 26 Februari 2013

Hari pengembaraan


Pengembaraan?wah, dah macam nak mengembara kat hutan je kan. Cup2, nanti dulu, jangan salah faham ye, ni bukan la cerita nk mengembara dalam hutan ke ape..

last weekdays aku ade cakap yang aku pergi perak untuk LDK kan..so, ini sambungannya.....

Bila dah habis LDK tu, duk pikir nak balik naik ape ni..tiket tak beli lagi..Tiket dari seri iskandar ke temerloh,Pahang cuma ada 1 tempat dan 1 masa je iaitu kat Bandar university pada jam 6.45pm..kira-kira kalau gerak dari seri iskandar pukul 6.45 (but usually bus sampai dalam pukul 7++), sampai Pahang dalam pukul 2-3 pagi..ohhh, nooo..

kalau nak balik pagi kene pergi Ipoh, sebab kat Gopeng ade tiket Utama Ekspres jam 9.00am..dari Seri Iskandar ke Ipoh pulak ambik masa dalam 45min naik kereta..kalau naik bus, maunya dalam 1 jam..so, aku nak kene bangun pagi2 semata mata nak kejar bas dari Gopeng jam 9.00am??with roadway bus yang tak de masa yang tetap??so, noo..

Malam sebelum tu, member try google kalau turun KL nak kene amik train mana untuk ke pekeliling sebab hanya kat pekeliling je belambak bas ke temerloh sedangkan bus dari perak hanya stop kat KL sentral n pudu je -_-

Search punya search, member bgtau kene amik monorail dari KL sentral ke pekeliling..maklumlah, aku ni bukan la pengguna perkhidmatan awam tegar, lagipun dah la first time mengembara sengsorang macam ni..perasaan seriau tu mmg wajib ade la kan..takut sesat sebenarnya..hehe..

kalau nak, boleh je mintak tolong akak or abg or mak saudara yg duk kt kl hantar kat pekeliling..tapi, dah banyak kali menyusahkan diaorang, kalau boleh taknak la susahkan sesape kan..
so, aku bertekad yang aku akan redah jugak no matter what..kalau betul2 sesat je baru aku call orang2 yang berkenaan..

then, pagi ahad tu berbekalkan semangat dan keyakinan didada disamping k.fara(my friend)meyakinkan aku bahawasanya aku boleh pulang dengan selamat.haha..erk, macam ter’over’ pulak..

aku memulakan perjalanan pd jam 8.30am..dari seri iskandar ke Bandar u kene naik bas roadway..tunggu punya tunggu,tiba2 bas lalu depan mata(dengan kata lain, terlepas bas)then, k.fara bgtau kejap lagi ade bas UiTM yang memang ulang alik ke Bandar u..so, aku tunggu je la..

dah sampai ke Bandar u aku naik bas Plusliner untuk ke KL..3 jam perjalanan, sampai ke KL sentral..
dah puas pusing satu KL sentral tu, duk cari monorail tak jumpa2..then aku tanya akak yang jual kaunter tiket KTM yang ada dekat situ..tp, aku bukan tanya pasal monorail…

Aku: akak, ke pekeliling?
Akak kaunter KTM: ke pekeliling adik kene naik monorail dekat luar..
Aku: dekat luar dari KL sentral?
Akak kaunter KTM: ye2
Aku: terima kasih 

Haha, aku pn tak tau kenapa aku tanya tiket kt akak ni..patutnya aku tanya terus mana stesen monorail je.. I think I’m not in right mind bcause am soooo tired..duk pusing-pusing 1 KL sentral cari tiket monorail dgn bwk bebanan kat belakang padahal monorail station kat luar..LOLss..

It’s happen again when I’m outside the KL sentral..terpusing pusing lagi cari stesen monorail..macam orang tak tentu arah dah..macam kucing hilang anak pun ade..

Sblh escalator ade tulis anak panah ke stesen monorail, aku cari tak jumpa jgk..stesen bas ade la..lalu terjadi la lagi satu conversation antara aku dengan akak kaunter bas pulak..


Aku: akak, nak tumpang tanya, monorail station dekat mana?
Akak kaunter bas: ouh, adik kene pusing bangunan ni..dekat seberang jalan sana(something like that la)
Aku: ouh, terima kasih 


Aku pun tawaf la bangunan yg dlm pembinaan sebelah KL sentral tu..

Dengan keyakinan 70% bahawa stesen monorail ade dekat situ, ku teruskan juga perjalanan..ternyata tekaan aku betul, memang stesen monorail ade dekat situ even tough kedudukan dia tersorok.

Aku stop kat titiwangsa sebab stesen bas pekeliling sebelah monorail je..bila sampai je pekeliling, dah rasa bersyukur sgt..

Aku terus serbu kaunter metrobus..i ask for the earlier bus to temerloh..

Aku dah la tak pakai jam n cuaca time tu mendung2 nak hujan je, bila abang kaunter tu ckp “bas pukul 4.30 boleh”..and I was like “ok” sambil mengagak sekarang dalam pukul 3.30..so, 1 jam tak la lama sangat..

But, when I saw the time at my phone I was like..aaaarrrrghhhh…ohh, why???sekarang baru 2.30??
Kalau aku tengok jam dulu, maybe aku boleh cari tiket lain n maybe aku dah lama sampai Pahang kott..

Dah beli pun, nak buat macam mana..tunggu je la..but..but, standing for 2 hour is likee..impossible and I did that..

Akhirnya sampai temerloh dalam jam 6.20pm..am soooo tired but,alhamdulillah sampai..

The conclusion is..

bas UiTM(ke Bandar u)àbas plusliner(ke KL)àmonorail(ke pekeliling amik tiket ke titiwangsa)àmetrobus(ke temerloh)…ffuuuhh!!

Wassalam..

LDK



Sape budak UiTM, angkat tangan sikit. ok tak nampak. Student UiTM mesti tahu ape itu LDK kan?? “bende” yang paling tak suka oleh para student tapi WAJIB untuk menghadirkan diri. Kalau tak hadir mcm mne plak? Jawapannya anda tak akan grad la. Bende ni WAJIB kot. Setiap semester pulak tu..huh!!

Akibatnya, dahku yang sedang berpraktikal di bahagian timur tanah air ni pn terpaksa tanpa rela menghadirkan diri ke sesi LDK. Jauh uhh, dari Pahang ke perak semata mata untuk LDK. Ada dua sesi pulak tu, sebelah malamnya ceramah manakala keesokan harinya dipecah-pecahkan kepada group yang kecil. Dah la dalam group tu tak de sape pn yang aku kenal, mmg menyendiri je la aku..

Kalau difikirkan memang tak hingin pn aku nak datang LDK ni sebab semester depan pn boleh buat. Tp, demi merindu kengkawan yang ada kat sana, ku’layan’kan saja la LDK ni kan. Nasib jumpa semua orang yang aku nak jumpa, kawan lama, roommate lama..wahh!!rindu giler..membe2 yang dari course lain yang sampai semester 5 je kan sedangkan aku sampai semester 6. So, rasanya tak ketemu dah diaorang kot..tu yang pulun jgk pegi tu.

Here’s are some picture ‘The Gila-gila Us’



 kene dengar ceramah malam tu pasal 'kenegaraan'..dtg awal,tunggu geng punya pasal, then masuk lambat. so, semua kerusi dah penuh. kerusi yang depan sekali je yg kosong.. duduk btul2 mengadap penceramah tu..cancel nk tido dalam dewan, haha..

after dengar ceramah. around 11.30pm. the guys ajak makan, layankan je la. disebabkan dah lewat malam, aku pilih mee tomyam je la


 bring the boys out..

my male classmate..ade la jgk sorang dua yang sesat..hehe


diapit oleh 2 manusia yg super comel ^.^ omo, my cheek

ouh, and that night a lot of thanks to my dearest friend, wawa sebab belanja kitaorang semua..kami sama2 praktikal, tapi dia lebih masyuk kot, sedangkan aku -_-


 keesokannya....
LDK tidak tamat begitu sahaja ok..ada sambungannya..pagi: ceramah di puast islam(called for masjid)..petang: sesi kelas

 as usual, ceramah pukul 8.ooam..kami sampai 9.ooam..we spent only 1 hour for that ceramah..LOLss

 sila cari 20 perbezaan dengan gambar di atas

 with my lovely sister kak fara

lepas ceramah, we separated into groups..malangnya, aku tak kenal sesape pn dlm group aku -_-

lepas sesi kedua(kelas)..


khirnya i'm done with LDK part 5..fuhh!!

wassalam..








Jumaat, 8 Februari 2013

My top 10 korean drama



Kalau hangpa semua nak tau, aku ni hantu drama korea tanpa melupakan drama melayu. Bukan la aku nak kata drama melayu tu tak baguih..baguih..Cuma ada SESETENGAH,(bukan semua ye)drama melayu ni agak membosankan & kita dah boleh baca jalan cerita dia macam mana. Am i right?dan aku jugak tak kata yang semua korea tu baguih2(ayat selamat)..hehe..

Tanpa membuang masa lagi, dahku mempersembahkan top 10 yang telah menang dan berjaya menambat hati aku all the time..here we go..

10.rooftop prince
Cerita ni lawak gila habaq hang..aku gelak je..walaupn tak berapa boleh terima dek akal tp, mmg best..

9. tree in heaven
Cerita sedih, diingatkan supaya sediakan tisu sebelum menonton

8.secret garden
Ni pn cerita yg tak berapa boleh terima dek akal manusia..tapi, tetap best

7.i’m sorry i love you
Cerita sedih, tangkap leleh habis..jgn lupe sediakan tisu

6.princess hour
Walaupn agak slow..tp, aku sukaaa putera yul..eerrrkk

5.my girl
Suka sebab 2nd hero dia ^.^ tu yang pakai baju kaler merah tu

4.sad love story
Ommo2..warning:wajib sediakan tisu berkotak2 sebab setiap episod air mata meleleh tanpa dipaksa..

3.brilliant legacy
Suke sgt cite ni J

2.boys over flower
Aku tak tahu berapa kali aku duk ulang cerita ni..tak jemu kot..

And the winner is
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
1.full house

Walaupun dah banyak cerita korea yang aku dah tengok..tetap full house di hati..cerita yg takkn buat aku jemu..cerita ni keluar time aku sekolah rendah kot..punye la lama..and, cerita ni paling popular time tu selain my girl.

Sory la kalau drama kesukaan korg tak termasuk list aku..ini bagi pandangan aku je..waktu buat list ni pn aku confius nk bagi ranking kt drama2 ni sebab semuanya best kot..takde ranking, nombor tu sekadar bilangan je..ade lagi drama best yang aku tak list kn mcm i miss you, heartstrings, stairway to heaven, love rain, marry me marry, personal taste, playful kiss, snow queen, to the beautiful you, yoo hee the witch..hmm kalau nak senaraikn mmg berjela tanpa noktah la jawabnye..

Dah kata sepuluh je..so 10 je la aku list..kalau 100,mmg aku list 100 la..hehe..sebab lain kenapa aku suka dengan drama korea ni sebab theme song diaorg..setiap drama tu ada theme song or OST sendiri, tak pernah lagi aku jumpe drama A dgn drama B theme song dia sama..lagu tema ni jugak la yang menaikkn mood penonton sebenarnya..pemilihan lagu tema bagi setiap drama tu pulak mesti kene dengan mood and jalan cerita, tu yang jadi best tu..takde pulak aku tgk cerita sedih lagu happy setakat ni..

Setakat ni je la entri kali ni..

Wassalam..

Khamis, 7 Februari 2013

Ape itu Town Planning?




Do you have any idea of what is Town Planning??pernah dengar tak perancang bandar?rata-rata manusia kurang tahu,tak tahu dan tak ambik tahu tentang kejadahan dan kewujudan makhluk abstrak ni,i guess..tp, bila sebut je architect..budak tadika pn tau sebab selalu dijadikan cita-cita bila cikgu tanya time sekolah tadika dulu kan..apa beza Town Planning dgn Architect? Sebenaqnya depa ni adik beradik jaa..ni ceq nak habaq mai..

Opss..tp,kenapa aku pulak yg nk kene cerita budak dua beradik ni??jawapannya sebab Town Planning is my major study yg aku ambek la ni kat UiTM Seri Iskandar Perak DIHATIKU(perlu ke)..this is my final year..doakan kyla ye..

Tanpa bermerepek lengah lg..kita teruskan dgn subjek utama kita la ye..town/urban planning atau bahasa ibunda kita perancangan bandar ni sebenarnya perancangan bandar lah..nama pn perancangan bandar kan mestilah tujuan utama kami untuk MERANCANG BANDAR...chewah, bunyi tak nak megah lagi kan..hehe..

Korang ingat merancang bandar ni senang je ke??we plan for our future generation habaq hang...bukan main letak bangunan sesuka hati dimana sahaja yang anda inginkan ok..ade step2 dan guideline yang kene kita ikut..kalau nak ada pengalaman sendiri,nak rasa cabaran pahit getir kehidupan burung hantu ni..join us..wah dah macam berkempen. Btw, this is not politics ok..

Ni nak share sikit syarat-syarat yang perlu ada dekat korang kalau nak terjerumus dalam kancah planner ni. Bukan setakat cemerlang dalam akademik je tau.

1.     Semangat kental
Ini lah antara penyebab kenapa ramai student planning quit or tak tahan bila dah terjerumus dalam bidang ni. Diaorang takde semangat yang kental. Cuba cakap belajar ape yang tak susah?semua susah beb..nak berjaya, kena la harungi.

2.    Jadi burung hantu
Ni nak jawab persoalan yang dihighlightkn kt atas tuh..cer tgok balik, ade kn..tahu kenapa saya pilih burung hantu tidak burung lain yang lebih molek dan comel hendaknya?tahu burung hantu buat ape waktu malam?hambekk..jawapannya, burung hantu tak tido pada waktu malam, malam jugak masa untuk burung hantu cari makan..dah tau kan..sama la jugak macam kami as a town planner student..we don’t have time for sleep, actually..it’s all about studio..oppss...don’t misunderstanding, it’s not ‘studio’ that many of people think..studio dikenali sebagai kelas tapi, mempunyai ruang yg lebih besar untuk kita buat keje..

3.    Tahan maki
Yang ni mmg kene ade dalam setiap planner student..haha..
a)    pernah kene ejek dgn kekawan time sekolah?
b)   kene marah dgn cikgu?
c)    kene bebel dengan emak?
d)   Semua di atas?
Ape la sangat semua tu..it’s small matter kalau nak dibandingkan dengan dimaki oleh lecturer..kawan maki?ade kawan lain..kene marah dgn cikgu?cikgu still ajar..kene bebel dgn mak?mak still bagi duit..tapi macam mana pulak dengan kene maki dengan lecturer?what will happen?you may know if you’re university or collage student..

4.   Imagine aircond can transform into robot just like transformer
You can describe this?? Ommo..ottokke..kesimpulannya, jangan pandang sesuatu barang atau benda tu just the way they are or in another word u must think outside the box..get that? U must have this special of thinking if u wanna be a planner..it’s a bonus for you..
Akhir kata, what ever u are or what major that u take u must be consistent and concentrate on your study or work..bekerja dan belajar merupakan ibadah..renung- renungkan dan selamat beramal..hehe..

here are some of the picture of what wre we study..

using autocad


using sketchup


manual+ photoshop


ni la hasil kerja aku..LULss, tipu..

Wassalam..

Isnin, 4 Februari 2013

Mengubat Rindu

sebenarnya entri ni dah lama nak post, tapi tu la kan..mengadap komputer sepanjang masa tapi tak de masa..macam mane tu..hehe..ape kesnye dengan mengubat rindu pulak ni..sabar la, nak cite la ni ha..

seminggu sebelum Maulidur Rasul itu hari, bulan lepas la kirenye kan..kyla pegi Perak. sebenarnya tak rancang pun bende ni..mmg ade bercadang nk jumpe membe2 kelas kat Perak, ingat nak la pergi time cuti Maulidur Rasul tu, bole la stay lama siki kan..tapi, diaorg nk balik kampung pulak time tu..nak buat macam mane kan..terpaksa la dahku korbankan satu hari masa praktikal diperuntukkan bagi perjalanan ke Perak. 

disebabkan rasa tak berbaloi kalau pegi Perak hari sabtu then balik Pahang keesokannya, terpaksa la dahku mohon cuti pada hari jumaat seminggu sebelum Maulidur Rasul nak jumpe kawan punye pasal..sebenarnya dah lama tak jumpe diaorang, tu yang pulun jugak nak pegi Perak tu..hehe..

tapi time tu diaorang sibuk dengan projek yang nak kene submit, so tak banyak masa pn yg kiteorg boleh menggila kan..tak puas rasanya..tak pe la kalau ade masa kite jumpe lagi ye wahai kawanku...but, at least we spend that friday night so happily..

jumaat malam tu kiteorg pegi tengok wayang kat Aeon Station 18 ipoh..cerita hantu uolls '3AM'..bantai je la..hehe..

here are some picture of that night..layan je la..

ni la cite yg kiteorg tgk ritu..biasa2 je tak brapa nak seram pun, perghh..belagak siot padahal aku la yg banyak tutup muka dengan cardigan..hehe..actually kiteorg nak tengok cerita Mama..cerita hantu jugak tapi hantu omputih..tapi tah mcm mane tukar movie last min plak..


aku tak sedia lagi woi..

kedai sume dah tutup sbb movie kami start 11.30 pm

tok penghulu dengan ajk2 kampung talam

tangga :)

dinding ni jugak jadi mangsa

betapa jahatnya mereka..

nampak tidak matang disitu


Sabtu, 2 Februari 2013

SAYA NAK JADI....



Semua orang ada masa lampau a.k.a zaman budak-budak kan..mesti cikgu sekolah rendah korang pernah tanya “bila besar nanti nak jadi apa?” atau “apa cita-cita kamu?”..pernah kan..tipu kalau tak pernah..itu adalah antara soalan wajib yang wajib kot bagi cikgu untuk tanya anak murid..

Bermulalah al-kisah..
Disaat itu, cikgu mula tanya seorang demi seorang...aku mula menggelabah, ketandusan idea nak bagi jawapan ape kat cikgu ni..lalu ku tanya kawan sebelah kiri, kanan, depan dan belakang..mereka memberi jawapan yang selalu diberi bila ditanya tentang cita-cita..kalau bukan doktor,peguam tak pun cikgu..tapi,yang paling famous ofcoz la doktor kan..yang kelakarnya, bila cikgu BM tanya, aku jawab peguam..bila cikgu sains tanya, aku jawab doktor..haha..memang tak de pendirian aku nih..

Perkara yang sama jugak berlaku bila naik sekolah menengah..masih samar-samar,tak nampak lagi mana arah tujuan..yang aku tahu, pegi sekolah untuk belajar and untuk dapatkan gred yang baik..
Waktu kecik-kecik dulu ade jugak minat nak jadi pelukis walaupun ketandusan bakat..sebab minat sangat dengan lukisan ayah membe..dia lukis  sangat ohsem ok..lepas tu, tengok orang pegang kamera memahal, klik sana klik sini..jadi minat pulak nk jadi photographer walaupun takde duit nak beli kamera dslr..
photography??lukisan??

yes,memang aku minat seni..aku suka tengok sesuatu yang unik dan berseni..aku suka tengok kelakuan orang, keajaiban alam ciptaan Allah..otak aku je minat seni, tapi tak de bakat kot..tapi bila fikirkan balik, ade la jugak kene mengene dengan bidang yang aku study skrg ni, at least ade jugak ambik gambar alam dan pegang berus lukisan..waktu sekolah rendah dulu,aku pernah lukis gambaran semak yang di ‘zoom’ kan and akuu terpaksa buat lebih kurang dalam 5-6 salinan untuk budak kelas sebab diaorang suka lukisan aku..well, bangga kejap..hehe..

dan aku adalah siapa aku sekarang..masa lalu jadikan kenangan, masa depan diperjuangkan..wah2..pantun dua kerat..spontan je dapat..eh, mcm pantun lagi..
apa pun bidang yang kita ambil walaupun kita tak berapa nak suka, tetap kene suka jugak. Anggap la mungkin itu satu-satunya kebolehan kita yang mendatangkan rezeki pada masa akan datang. Allah dah tetapkan rezeki masing-masing dengan cara yang tersendiri..Alhamdulillah..
perjuangkan ape yang anda lakukan selagi ianya tidak bertentangan dengan jalan Allah..

Wallahualam..
saja nak tepet muka sendiri :)