Jumaat, 1 Mac 2013

about me part II


Terfikir pulak,wajib ke ade part 1 part 2 ni..well,mentang-mentang la filem twillight breaking dawn part 2..dahku pun tak nak kalah jugak letak tajuk entry berpart part ni kan..walaupun jalan cerita tak la sehebak filem twilligt tu(tak de kene mengene) tapi.....ok,abaikan..

Berbalik kepada jalan cerita asal..aku bakal menjejak umur 21 tahun pada 10 disember ni..lambat kan birthday aku..?ada untung ade rugi bila birthday lambat ni, antaranya?pikiaq la sendhiri..aku merupakan anak ke-6 daripada 7 adik beradik.

Aku pendiam dengan strangers, tp awas kalau korang dah kenal aku, aku akan jadi gila-gila sebanyak 370 darjah(over kan sampai 370) dan bercakap tanpa henti, sampai tahap takde siapa boleh hentikan aku..errrrkk..so, don’t judge a book by it’s cover okeh?

Aku suka pada aktiviti lasak,kaki shopping, kaki jalan(means pantang diajak berjalan, mmg sentiasa on)

Aku paling sukakan cabaran/aktiviti lasak la..setakat ni dah pernah berkayak dekat sungai perak sepanjang 14 km, meneroka gua tempurung, perak and daki bukit..bukit ape tah dah lupa sebab dah lama..sekarang aku paling teringin sangat buat bungee jumping, tp, tak de kesempatan lagi..hope sgt satu hari nanti boleh terialisasi impian aku yg satu ni..

Weakness aku pulak ialah katak, ulat dan seangkatan dengannya..kalau aku jumpa katak, bukan katak tu yg melompat, aku yang lompat dulu, katak tu relaks je kat situ tak gerak-gerak..ha, ckp pasal katak, ade cerita sikit..

Waktu sekolah rendah dulu, aku pergi sekolah main sarung je kasut..kat sekolah curious la kan kenapa kasut aku ni sebelah ketat, sebelah lagi longgar..waktu tu dalam darjah 1 or 2 kot, so tak ambik kisah sangat la kan..bila balik rumah je, tiba-tiba perasaan membuak buak nak tau ape yang ada dalam kasut aku ni, kenapa la ketat sebelah, ingat tertukar kasut dengan adik ke..bila tengok, kasut tu elok je sama besar..then.....jeng jeng jeng...bila aku ketuk kasut tu, katak yang keluar, katak tu dah nyawa2 ikan dah..lonyai habis katak tu dek penangan kaki aku..haha

Sape suruh jadikan kasut sekolah aku sebagai tempat istirehat beliau, kan tak pasal2 jadi arwah..tu la antara salah satu sebab kenapa aku tak suka katak..huh..kalau nak cerita pasal katak, memang berjela la sebab banyak betul pengalaman aku dengan makhluk yang satu ni..

Aku seorang budak berkaca mata, tapi tak pernah bersahabat baik dengan kaca mata aku..sehingga kaca mata aku hilang berkali kali, pecah, dan dalam setahun tak sah kalau tak tukar cermin mata -_-

Makhluk yang tidak berakal yang aku paling suka ialah kucing..jangan pelik kalau aku bercakap dengan kucing, walaupun kucing tu tak faham, tp, kucing adalah pendengar terbaik aku(bagi aku la)

Takde ape dah kot, aku pun dah penat menaip..LULss..sekian

 dan mempersembahkan

p/s: tak salah nak tepet gambar sendiri dlm blog sendiri kan..kan..kan

wasallam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

jemput komen yg mana patut ye ^.^