Jumaat, 8 Mac 2013

As a Town Planner Student

Pengalaman aku yang bergelar pelajar universiti atau bahasa lainnya mahasiswa selama 5 semester ni kan sedikit sebanyak mengajar aku erti masam,manis,pahit,kelat semua lah bercampur baur..lalu terhasil la masakan 3 rasa, nak tau resepi sila google..

Aku bukan nak cerita pasal resepi kat sini ohkeh, tajuk entry terang terang tulis campus life, resepi lain hari je la(bajet pandai masak la cekunun)

Aku pun bukan la nak cerita mengenai syllabus yang aku belajar sekarang..tp, mengenai pengalaman aku.. aku terpaksa terima hakikat course yang aku amik ni menjadikan aku ‘burung hantu’.

Pernah sekali aku tak tidur tiga malam berturut turut untuk menyiapkan final projek yang fuuhhlamak tidak terkata...sampaikan otak dah terasa tersangat la letih dan mata tersangatkah pedih tak terkata(over kan banyak kali tak terkata)..setakat tak tido 1 malam tu perkara biasa dah..

Tu antara yang agak pahit la, and yang manisnya tentu la dapat jalan-jalan kan, siap dibagi elaun lagi tu..tp, bukan la jalan-jalan makan angin seperti yang berada dalam kepala otak masing-masing ok..kene buat kerja tau tak..antaranya-mengukur jalan di panas terik, mengukur rumah orang, masuk hutan, snap2 gambar kat kota raya cekunun ala2 foreigner..mcm mne?best kan town planning??baik ckp best sekarang..

Tak tau nak taip ape dah..korang layan je la perjalanan aku dari part 1 hingga la part 5 ye..


 jeng, jeng, jeng..dengan bangga nya mempersembahkan... 



part 1

Biasa la budak part 1, tak tau ape2 lagi. Time ni keje mengukur je. Habih sume rumah org, jalan raya, belakng rumah. Nasib tak kene ukur longkang jugak.
#Site: cameron highland & Seri Iskandar je..

Part 2

Kami bukan sahaja mengukur jalan, kami juga menjadi pendaki bukit, meredah belantara baq hang. Hebat tak? Tak payah join mana2 kelab mendaki ke mengembara ke, amik je town planning, semua pakej ade. hehe. tengok gambar 1st tu, kami bukan penceroboh nk menceroboh tanah org je.
 #Site: Sg. Petani, kedah.


Dengar arahan dulu sebelum mulakan operasi. Lepas habis mengukur, kami serang kfc berdekatan, elok-elok kfc tu lengang terus penuh dgn pelanggan, mesti banyak income kfc tu pada hari tersebut.
#Site:bandar Hilir, Melaka.


Asik amik gambar site ja, tak aci la. Kami pun nak bergambaq jugak.
#Site: KL & Putrajaya

Part 3

dengar taklimat & lawatan. yang dua atas sekali tu bkn bidang town planning ye, tu interior designer(ID) punya kerja. model yg kami duk jakun tengok pic yg belah kiri tu pn bukan bidang town planning, tu architect punya bidang. kami punya bidang cuma bt layout mcm yg pic kanan bawah ni.
#Site: Kuantan, pahang


#Site: Kuantan, pahang 


ingatkn dah takde dah meredah hutan & daki-daki ini, ade ok. cer tgok signboard tu ke mana? Thailand beb, site ni kat sempadan Thailand. Risau gak, dah la masuk hutan kat sempadan Thailand plak tu. Gambar tengah jalan tu sebab takde kete pun. bknnye tgh bandar, sempadan biasa la.
#Site: Kuala Nerang, Kedah

Part 4

site paling stress, jgn tanya kenapa. hehe. habis pusing 1 perlis.
#Site: Perlis

dan sekarang aku part 5 sedang berpraktikal di Hikmah Rancang Consultant kat Temarloh. waktu entri ni ditulis, hari terakhir aku kat Hikmah Rancang.

Uitm, kita jumpa lagi pada bulan 6 nanti. Final Semester. Hope i'm doing well, Insya Allah.

Wassalam

2 ulasan:

  1. Salam.. nak tanya dah abes stady ke? Nak keje buat layout? Sy developer.. boleh hubungi sy. 0196164035 razaaq.tq

    BalasPadam
  2. Salam.. nak tanya dah abes stady ke? Nak keje buat layout? Sy developer.. boleh hubungi sy. 0196164035 razaaq.tq

    BalasPadam

jemput komen yg mana patut ye ^.^