Selasa, 26 Februari 2013

Hari pengembaraan


Pengembaraan?wah, dah macam nak mengembara kat hutan je kan. Cup2, nanti dulu, jangan salah faham ye, ni bukan la cerita nk mengembara dalam hutan ke ape..

last weekdays aku ade cakap yang aku pergi perak untuk LDK kan..so, ini sambungannya.....

Bila dah habis LDK tu, duk pikir nak balik naik ape ni..tiket tak beli lagi..Tiket dari seri iskandar ke temerloh,Pahang cuma ada 1 tempat dan 1 masa je iaitu kat Bandar university pada jam 6.45pm..kira-kira kalau gerak dari seri iskandar pukul 6.45 (but usually bus sampai dalam pukul 7++), sampai Pahang dalam pukul 2-3 pagi..ohhh, nooo..

kalau nak balik pagi kene pergi Ipoh, sebab kat Gopeng ade tiket Utama Ekspres jam 9.00am..dari Seri Iskandar ke Ipoh pulak ambik masa dalam 45min naik kereta..kalau naik bus, maunya dalam 1 jam..so, aku nak kene bangun pagi2 semata mata nak kejar bas dari Gopeng jam 9.00am??with roadway bus yang tak de masa yang tetap??so, noo..

Malam sebelum tu, member try google kalau turun KL nak kene amik train mana untuk ke pekeliling sebab hanya kat pekeliling je belambak bas ke temerloh sedangkan bus dari perak hanya stop kat KL sentral n pudu je -_-

Search punya search, member bgtau kene amik monorail dari KL sentral ke pekeliling..maklumlah, aku ni bukan la pengguna perkhidmatan awam tegar, lagipun dah la first time mengembara sengsorang macam ni..perasaan seriau tu mmg wajib ade la kan..takut sesat sebenarnya..hehe..

kalau nak, boleh je mintak tolong akak or abg or mak saudara yg duk kt kl hantar kat pekeliling..tapi, dah banyak kali menyusahkan diaorang, kalau boleh taknak la susahkan sesape kan..
so, aku bertekad yang aku akan redah jugak no matter what..kalau betul2 sesat je baru aku call orang2 yang berkenaan..

then, pagi ahad tu berbekalkan semangat dan keyakinan didada disamping k.fara(my friend)meyakinkan aku bahawasanya aku boleh pulang dengan selamat.haha..erk, macam ter’over’ pulak..

aku memulakan perjalanan pd jam 8.30am..dari seri iskandar ke Bandar u kene naik bas roadway..tunggu punya tunggu,tiba2 bas lalu depan mata(dengan kata lain, terlepas bas)then, k.fara bgtau kejap lagi ade bas UiTM yang memang ulang alik ke Bandar u..so, aku tunggu je la..

dah sampai ke Bandar u aku naik bas Plusliner untuk ke KL..3 jam perjalanan, sampai ke KL sentral..
dah puas pusing satu KL sentral tu, duk cari monorail tak jumpa2..then aku tanya akak yang jual kaunter tiket KTM yang ada dekat situ..tp, aku bukan tanya pasal monorail…

Aku: akak, ke pekeliling?
Akak kaunter KTM: ke pekeliling adik kene naik monorail dekat luar..
Aku: dekat luar dari KL sentral?
Akak kaunter KTM: ye2
Aku: terima kasih 

Haha, aku pn tak tau kenapa aku tanya tiket kt akak ni..patutnya aku tanya terus mana stesen monorail je.. I think I’m not in right mind bcause am soooo tired..duk pusing-pusing 1 KL sentral cari tiket monorail dgn bwk bebanan kat belakang padahal monorail station kat luar..LOLss..

It’s happen again when I’m outside the KL sentral..terpusing pusing lagi cari stesen monorail..macam orang tak tentu arah dah..macam kucing hilang anak pun ade..

Sblh escalator ade tulis anak panah ke stesen monorail, aku cari tak jumpa jgk..stesen bas ade la..lalu terjadi la lagi satu conversation antara aku dengan akak kaunter bas pulak..


Aku: akak, nak tumpang tanya, monorail station dekat mana?
Akak kaunter bas: ouh, adik kene pusing bangunan ni..dekat seberang jalan sana(something like that la)
Aku: ouh, terima kasih 


Aku pun tawaf la bangunan yg dlm pembinaan sebelah KL sentral tu..

Dengan keyakinan 70% bahawa stesen monorail ade dekat situ, ku teruskan juga perjalanan..ternyata tekaan aku betul, memang stesen monorail ade dekat situ even tough kedudukan dia tersorok.

Aku stop kat titiwangsa sebab stesen bas pekeliling sebelah monorail je..bila sampai je pekeliling, dah rasa bersyukur sgt..

Aku terus serbu kaunter metrobus..i ask for the earlier bus to temerloh..

Aku dah la tak pakai jam n cuaca time tu mendung2 nak hujan je, bila abang kaunter tu ckp “bas pukul 4.30 boleh”..and I was like “ok” sambil mengagak sekarang dalam pukul 3.30..so, 1 jam tak la lama sangat..

But, when I saw the time at my phone I was like..aaaarrrrghhhh…ohh, why???sekarang baru 2.30??
Kalau aku tengok jam dulu, maybe aku boleh cari tiket lain n maybe aku dah lama sampai Pahang kott..

Dah beli pun, nak buat macam mana..tunggu je la..but..but, standing for 2 hour is likee..impossible and I did that..

Akhirnya sampai temerloh dalam jam 6.20pm..am soooo tired but,alhamdulillah sampai..

The conclusion is..

bas UiTM(ke Bandar u)àbas plusliner(ke KL)àmonorail(ke pekeliling amik tiket ke titiwangsa)àmetrobus(ke temerloh)…ffuuuhh!!

Wassalam..

1 ulasan:

  1. Aasalamualaikum... nak tnya.. jauh tak jarak dari stesen titwangsa ke stesen bus pekeliling?...

    BalasPadam

jemput komen yg mana patut ye ^.^