Jumaat, 25 Januari 2013

Terasa Kelakar


terlebih dahulu kyla nk mengucapkan selamat menyambut Maulidur Rasul yg jatuh pada hari semalam..sama2 la kita berselawat keatas Baginda Rasulullah s.a.w..korang buat ape je sempena cuti Maulidur Rasul? join perarakan sambil berselawat tak?or ambik kesempatan hari ni untuk bangun lambat sebab tak payah bangun awal-awal bersiap untuk pergi sekolah/kelas or kerja??

kyla suka sangat join perarakan Maulidur Rasul sebab kita dapat berselawat beramai ramai..dan terasa macam hari raya pulak sebab semua orang pakai baju melayu n kurung..lagipun sekali setahun je kan..posisi kyla dalam perarakan ialah selalu pegang bunga mangga je la, tak puas dengan orang kawin, time Maulidur Rasul pn muke aku jugak..

tapi, tahun ni kyla tak berkesempatan nak sambut Maulidur Rasul kat kampung untuk meriahkan suasana sebab kyla tengah praktikal kat Temerloh..nak balik merempit ma tak kasi, padahal bukan jauh pn dari Temerloh ke rumah..saje je tak nak bagi balik, akibatnya, kebosanan la dahku di rumah sewa sesorang..housemate dah lama drift balik kampung demi menyambut Maulidur Rasul bersama orang kampung..jadi, dahku layan la cerita kat tv je. 

     *tiga perenggan di atas tiada kene mengene dengan tajuk entry

Baru Nak Masuk Tajuk:

Al kisahnya, 
dalam kebosanan yang melanda tu dahku pun mula plan kononnya nk pegi jalan2 la kan sambil cuci mata..sambil sambil tunggu untuk panaskan moto tu,lepak lepak la jap kat atas moto tu..ade la sorg adik comel ni lalu lalang depan rumah sewa menaiki basikal..ke hulu kehilir sambil usha2 kan..

agaknya beliau dah lama pendam kot, lalu berhenti la depan rumah dahku sambil jalan slow2 kearah dahku..dalam hati(agaknya budak ni nak suh aku pegi rumah dia sebab mak dia ajak makan kot)..dengan harapan dapat la aku makan free tuk lunch kan..tiba budak tu bersuara dan tekaan aku meleset sekali..

budak kecik :%#$%*$*@ (bunyi enjin moto kuat sgt, aku tak dengar)
aku :ape adik?akak tak dengar (maklum la dah tua)
budak kecik :akak ni cantik la..
aku :hah???(senyum kambeng)
budak kecik : (pun senyum kambeng sambil berlalu meninggalkan dahku terkontang kanting)

patut la lama duk usha2..ingtkn nk suruh datang rumah ada makan2 ke..ciss!! nasib baik ayat adik tu boleh menghiburkan hati..hehe

so, ni je la buat lunch tengah hari tu..
jadi la untuk mengisi perutkuh..



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

jemput komen yg mana patut ye ^.^