Jumaat, 11 Januari 2013

Azam Tahun Baru (2013)



Assalamualaikum...

Alhamdulillah..dah masuk tahun baru,masih bernafas dan sihat hendaknya..terlambat??ok,saya tahu itu..tapi still januari lagi kan..kira masih dalam mood tahun baru lagi la tuh..kan,kan,kan..
Disaat orang lain menyambut tahun baru dengan girang dan gilang gemilangnya, aku pulak duduk dpn laptop online dengan girangnya sambil gigih post kat twitter guna hashtag #SelamatTahunBaru dikala berdentuman bunyi bunga api dimerata rata..tapi, tiba-tiba...

Ma: aqilaaa...meh tengok ni..
Aku: tengok ape?
Ma: meh la sini tengok bunga api kat tv ni..
Aku: mana?(still x berganjak dari laptop,2min kmudian baru keluar)..
Ma: kyla,tadi kan...(suspen)
Aku: ape2??
Ma: tadi, ma tertido dpn tv 5minit je..tapi, bila ma terjaga je dah tahun depan..
Aku: laaaaaaa....buat suspen je..ingtkan ape tadi..

mak aku boleh pulak buat lawak malam2 buta..hehe..Tak de kene mengene kan..?tau dah,saje je nak bagitau..
Bila cakap pasal tahun baru,automatik semua dikalangan kamu dan kamu sekalian akan bertanya sesama sendiri ‘apa azam tahun baru?’..jangan confius ye, ini tak ada kene mengena dengan azam anak pak mail jual nasi kandaq tu ya..kenal??tak??ok,tak pe,abaikan..dan dikala itu jugak la bukak tv3 pagi-pagi tengok MHI yang men’interview’ warga kota bertanyakan azam tahun baru masing-masing..maka, dengan malu-malunya makcik cleaner menjawab ”makcik harap, setiap orang yang gunakan tandas awam ni membersihkan setiap tiles yang ada”..tak percaya??ok,memang aku tipu..

azam aku pulak nak jadi muslimah yang lebih baik dan berjaya, In Sha Allah..dan yang paling aku harapkan ialah tahun 2013 ni aku akan buat yang terbaik dalam pelajaran dengan menaikkan pointer yang semakin menyedihkan :’( nak nangis tau tak..memandangkan tahun ni merupakan final year/senior year aku kene la buat betul-betul kan..walaupun mustahil untuk dapatkan anugerah NC tetap kene jaga pointer jugak..pejam celik,pejam celik dah nak habis belajar..rasenye baru semalam je sesi orientasi paling menyampah yang terpaksa dahku harungi.

Penutup??tak yah la, bukan karangan 450 patah perkataan..yer dak??


Assalamualaikum..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

jemput komen yg mana patut ye ^.^